Benar kata orang, yang datang itu pasti pergi. Aku alami sendiri apa yang dikatakan orang ini. Pemergian itu bukan lah satu benda yang senang untuk dihadapi tetapi harus diingat bahawa kita ini semua hanya lah insan kerdil yang lemah dicipta Tuhan si Maha Yang Mengetahui. Setiap perancangan hidup ini, sehebat mana pun kita merancang tetapi jika yang di atas berkata Dia ada perancangan yang lagi maha hebat, maka jadi lah ia. Datang nya seorang gadis yang cantik penampilan dan watak nya mengetuk pintu hati ini berjaya mewarnai hidup aku yang selama ini aku anggap pudar dan hambar. Setiap tutur kata, perbuatan dan lirikan senyuman nya berjaya menambat hati ini setiap waktu. Namun kehadiran si dia hanya sementara. Aku akur walau pada mulanya diri ini berasa seperti tidak percaya. Mungkin yang di atas ada perancangan yang lebih baik buat diri yang kerdil ini. Namun aku tetap berterima kasih ke atas Tuhan kerana telah memberi peluang dan kesempatan untuk aku berkongsi kasih dan sayang aku dengan insan yang bagi aku cukup manis dan ayu perwatakan nya. Terima kasih juga kepada si dia kerana berada di sisi ini walaupun hanya untuk sementara. Aku akur wahai Tuhan. Mungkin diri kami berdua tiada jodoh di sisi Mu.
Aku akur....
No comments:
Post a Comment